Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) telah menganjurkan Kursus Asas Data Visualization sebanyak 4 sesi. Sesi pertama telah diadakan pada 23 Jun 2020 dan sesi kedua telah diadakan pada 15 Julai 2020. Kursus ini telah dijalankan di Bilik Seminar MaGICX, Bangunan T03, UTM dengan mematuhi SOP PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang telah digariskan oleh Kerajaan.

Kursus Asas Data Visualization ini telah disampaikan oleh Encik Chew Teong Han dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTM. Kursus satu hari ini telah diadakan bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan tentang strategi menyediakan data, menganalisa dan menyediakan laporan yang baik kepada pihak berkepentingan.

Kursus ini telah dihadiri oleh staf pengurusan dan profesional iHumEn. Antara yang hadir adalah PM. DR. Ardiyanshah Syahrom (Pengarah MEDiTEC), Dr. Ahmad Zahran Md. Khudzari (Pengarah Pusat Kardio), Dr. Syafiqah Saidin (Timbalan Pengarah Pusat Kardio), Ts. ChM. Dr. Nor Suriani Sani, Ts. Zulfadzli Zakaria, Puan. Shaleena Melisa, Encik Azizul Azman dan Encik Muhammad Akmal Ayob.

Penceramah kursus data visualization
En Chew sedang memberikan penerangan
peserta kursus data visualization
Peserta sedang mendengar taklimat
peserta kursus data visualization

Peserta sedang melakukan soal jawab