Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) telah sertai pameran sempena lawatan DreamEdge Sdn. Bhd. pada 22 Julai 2020 yang bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE Sdn Bhd, YBhg. Datuk Khairil Adri Adnan telah disambut baik oleh UTM yang diketuai oleh YBhg. Naib Canselor UTM.

DreamEDGE Sdn Bhd merupakan syarikat berstatus Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) tempatan, yang diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Ia memberi tumpuan kepada beberapa jenis inovasi, dari inovasi produk dan proses, hingga inovasi perniagaan dan perkhidmatan. Dengan visi untuk menjadi rakan pilihan dalam menyediakan portfolio perkhidmatan dan penyelesaian berasaskan teknologi inovatif, DreamEDGE telah mengadakan lawatan ke UTM untuk meneroka peluang kerjsama bagi memberikan penyelesaian dan perkhidmatan yang tepat untuk memenuhi keperluan dan keinginan pengguna yang terus berkembang.

Bersempena dengan lawatan mereka ke UTM, satu pameran produk daripada Pusat Penyelidikan yang terpilih telah diadakan bagi berkongsi pengetahuan dan kepakaran serta meneroka peluang kerjasama. iHumEn berbesar hati kerana telah dijemput untuk sertai pameran sempena lawatan DreamEdge Sdn. Bhd. ke UTM ini. Antara produk yang diketengahkan adalah wARna serta inovasi teknologi sukan iaitu Simulator basikal dan Virtual Rowing. Penerangan mengenai produk ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal Sunar selaku Pengarah Institute of Human Centered Engineering (iHumEn).

wARna merupakan buku mewarna interaktif yang menggabungkan antara buku konvensional dan teknologi augmented reality (AR) untuk diaplikasikan. Teknologi AR membolehkan pandangan dari dunia nyata fizikal yang ditambah dengan imej yang dihsilkan dalam bentuk virtual 3D (maya). Buku ini yang menggunakan aplikasi  percuma akan memaparkan objek 3D apa yang diwarnakan, memaparkan animasi serta mengeluarkan bunyi. Kanak-kanak boleh berinteraksi dengan peranti dan ianya mengajar kanak-kanan tentang sebutan huruf yang dipaparkan. 

Simulator basikal dan Virtual Rowing pula berupaya mengenalpasti tahap intensiti keupayaan fizikal dan mental atlit semasa latihan. Ianya melakukan simulasi acara ujian dalam jarak dan masa tertentu. Inovasi ini juga menggabungkan teknologi augmented reality (AR) dan virtual reality (VR) dalam pengujian kecergasan atlit. Pencapaian atlit semasa penggunaan peralatan dicerap dan dihantar secara IOT kepada database bagi membolehkan jurulatih memantau dan menganalisa pencapaian atlitnya.

iHumEn berharap melalui pameran dan perkongsian kepakaran dalam inovasi teknologi baru ini akan mampu menarik minat DreamEdge Sdn. Bhd. untuk bekerjasama selain membuka peluang komersialisasi bersama mereka.

pengarah iHumEn bersama CEO DreamEdge
Pengarah iHumEn bersama DreamEdge
Pengarah iHumEn bersama DreamEdge