+(6)07-5558577 ihumen@utm.my

Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) telah menganjurkan Kursus Grafik Adobe Illustrator pada 5 Julai 2020. Kursus ini telah dijalankan di Bilik Seminar MaGICX, Bangunan T03, UTM dengan mematuhi SOP PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang telah digariskan oleh Kerajaan.

En Azizul Azman yang bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX), telah dijemput sebagai penceramah untuk kursus ini. Kursus asas ini telah dihadiri oleh staf pengurusan profesional dan pelaksana iHumEn. Antara peserta yang hadir adalah  Ts. ChM. Dr. Nor Suriani Sani, Ts. Zulfadzli Zakaria, Pn Shaleena Melisa dan Encik Muhammad Akmal Ayob. Penolong Jurutera dan Pembantu Tadbir di iHumEn juga tidak melepaskan peluang untuk hadir sama ke kursus ini.

Kursus Asas Grafik Adobe Illustrator yang dijalankan selama satu hari ini telah diadakan bertujuan untuk memberikan pengetahuan tentang pembangunan grafik menggunakan Adobe Illustrator kepada staf iHumEn. Para peserta telah diberikan pelbagai tips dan latihan dalam mencipta poster untuk aktiviti jabatan. Fokus yang tinggi sepanjang kursus telah memberikan paserta satu kemahiran yang baharu yang boleh dipraktikan dalam tugas harian dalam konteks penjenamaan dan pemasaran.